SEJARAH RINGKAS

My photo
SK Sg Siput(U) telah dibina lewat tahun 1951 dengan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Sungai Siput,awal penubuhannya terdapat 4 buah bilik darjah pada tapak yang ada sekarang, Pada 1952 sekolah ini telah memulakan operasi dengan jumlah murid seramai 152 orang serta 5 orang guru. Pada 22 Januari 1952 Sekolah ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak. Selaras dengan pertambahan murid di sekolah ini, bangunan yang asalnya hanya mempunyai 4 bilik darjah telah ditambah dengan pembinaaan 2 buah bilik lagi pada tahun 1960. Pada tahun 1961 Sekolah Melayu Sungai Siput telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Siput ( U )dan kekal hingga ke hari ini..

VISI DAN MISI SEKOLAH

Visi

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U)
Terbilang Di Negeri Perak Menjelang 2010

Misi

Memberikan Pendidikan Berkualiti Kepada
Murid-murid Agar Menjadi Insan Yang Gemilang
Dan Terbilang Berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Muzik

Countdown UPSR 2009


Friday, May 15, 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009



GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


MusicPlaylistRingtones

No comments: