SEJARAH RINGKAS

My photo
SK Sg Siput(U) telah dibina lewat tahun 1951 dengan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Sungai Siput,awal penubuhannya terdapat 4 buah bilik darjah pada tapak yang ada sekarang, Pada 1952 sekolah ini telah memulakan operasi dengan jumlah murid seramai 152 orang serta 5 orang guru. Pada 22 Januari 1952 Sekolah ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak. Selaras dengan pertambahan murid di sekolah ini, bangunan yang asalnya hanya mempunyai 4 bilik darjah telah ditambah dengan pembinaaan 2 buah bilik lagi pada tahun 1960. Pada tahun 1961 Sekolah Melayu Sungai Siput telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Siput ( U )dan kekal hingga ke hari ini..

VISI DAN MISI SEKOLAH

Visi

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U)
Terbilang Di Negeri Perak Menjelang 2010

Misi

Memberikan Pendidikan Berkualiti Kepada
Murid-murid Agar Menjadi Insan Yang Gemilang
Dan Terbilang Berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Muzik

Countdown UPSR 2009


Wednesday, May 27, 2009

CUTI PENGGAL PERTAMA 2009

Selamat Bercuti Kepada Semua Warga Pendidik serta pelajar-pelajar SKSSU. Cuti Yang Bermula 30 Mei Hingga 15 Jun 2009 Dingatkan Kepada Pelajar Yang Bakal Menduduki Peperiksaan UPSR 2009 Jangan Leka Dalam Mengulangi Pelajaran, Gunakan Peluang Cuti Ini Untuk Mengatasi Kelemahan Dalam Mata pelajaran Tertentu Dengan Menghadiri Kelas Tambahan Yang Diadakan

Selamat Bercuti..

Wednesday, May 20, 2009

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Peperiksaan pertengahan tahun telah pun bermula mulai Isnin 18 Mei hingga Jumaat 22 Mei 2009 . Semua murid berusaha sedaya upaya agar mendapat keputusan yang cemerlang. Selamat Berjaya..

Friday, May 15, 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009



GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


MusicPlaylistRingtones

Sejarah 16 Mei

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


LOGO HARI GURU


Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Keputusan PTK 2009

SEMAK KEPUTUSAN PTK MAC 2009

Semak melalui SMS mulai 12:01 tengah malam,

18 May 2009: taip [PTK] jarak [No. K/P]

dan hantar ke 39003

Wednesday, May 13, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2009



SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2009
KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK TERUTAMA GURU-GURU SK SG SIPUT (U) VIDEO KLIP LAGU DI BAWAH INI DITUJUKAN KHAS UNTUK ANDA SEMUA..

Saturday, May 9, 2009

22 PERKARA TANDA TANDA HARI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Selamat Hari Ibu



Selamat Hari Ibu kepada semua guru serta kakitangan yang bergelar IBU..