SK Sg Siput(U) telah dibina lewat tahun 1951 dengan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Sungai Siput,awal penubuhannya terdapat 4 buah bilik darjah pada tapak yang ada sekarang, Pada 1952 sekolah ini telah memulakan operasi dengan jumlah murid seramai 152 orang serta 5 orang guru. Pada 22 Januari 1952 Sekolah ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak. Selaras dengan pertambahan murid di sekolah ini, bangunan yang asalnya hanya mempunyai 4 bilik darjah telah ditambah dengan pembinaaan 2 buah bilik lagi pada tahun 1960. Pada tahun 1961 Sekolah Melayu Sungai Siput telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Siput ( U )dan kekal hingga ke hari ini..
Orang yang paling lama mengalami kesusahan ialah orang yang dengki, tenang hidupnya ialah orang yang qana'ab. Rendah kehidupan ialah orang yang menolak dunia. Dan paling besar penyesalannya ialah orang berilmu yang melampaui batas
"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
No comments:
Post a Comment