SEJARAH RINGKAS

My photo
SK Sg Siput(U) telah dibina lewat tahun 1951 dengan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Sungai Siput,awal penubuhannya terdapat 4 buah bilik darjah pada tapak yang ada sekarang, Pada 1952 sekolah ini telah memulakan operasi dengan jumlah murid seramai 152 orang serta 5 orang guru. Pada 22 Januari 1952 Sekolah ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak. Selaras dengan pertambahan murid di sekolah ini, bangunan yang asalnya hanya mempunyai 4 bilik darjah telah ditambah dengan pembinaaan 2 buah bilik lagi pada tahun 1960. Pada tahun 1961 Sekolah Melayu Sungai Siput telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Siput ( U )dan kekal hingga ke hari ini..

VISI DAN MISI SEKOLAH

Visi

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U)
Terbilang Di Negeri Perak Menjelang 2010

Misi

Memberikan Pendidikan Berkualiti Kepada
Murid-murid Agar Menjadi Insan Yang Gemilang
Dan Terbilang Berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Muzik

Countdown UPSR 2009


Tuesday, September 9, 2008

SELAMAT BERJAYA

UPSR 2008
SeLamaT BerJayA
Kepada Semua 119 Orang Calon UPSR
SKSS(U) 2008

Monday, September 8, 2008

Nama Guru Besar SKSS(U) Dan Tempoh Berkhidmat

Nama Guru Besar Dan Tempoh Berkhidmat

PN. RODZIAH BT KHALID 27 SEPT 2005 hingga sekarang
EN. ILYAS BIN SAAD 2002 – 2005
PN.HJH ZAITON BINTI MOHD ZAIN 1998 – 2002
EN. ITAMTA BIN HARUN 1993 – 1998
EN. NORHASNI BIN HJ. MOHD ZAIN 1992 – 1993
TN.HJ. ZAKARIA BIN MOHD RABI 1987 – 1992
TN.HJ. MOKHTAR BIN YEOP RANI 1981 – 1987
EN. HAMZAH BIN MAT SHE 1980 – 1981
EN. MOHD HANIF BIN ALI 1977 – 1979
EN. MUHAMMAD MUHIBBUDIN BIN YAHYA 1967 – 1977
EN. YAAKUB BIN AHMAD 1961 – 1966
EN. ABDUL RAHMAN BIN MUHAMMAD 1946 – 1960

Sunday, September 7, 2008

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa
TAZKIRAH RAMADHAN Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan sertabulan pengampunan dosa bagi mereka yang bertaubat dengan bersungguh-sungguhkepada Allah Tuhan yang Maha Penerima Taubat.Kedatangan bulan Ramadhan hendaklah disambut dengan penuh kesyukuran dimana kita mestilahberlumba-lumba dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadat seharian kita bukan sekadar berpuasa daripada lapar dan dahaga sahaja tetapi kita mestilah memastikan ibadat puasa itu dapat dilakukan dengan penuh keikhlasan sehingga mampu menghindarkan diri kita daripada sifat bakhil dan tamak kepadadunia.Jika dalam melayari kehidupan seharian kita berebut-rebut dan berlumba-lumba untuk mendapatkan keuntungan habuan dunia maka pada bulanRamadhan ini menjadi suatu yang ganjil jika tidak terdetik dalam hati kita perasaan ingin mendapatkan kelebihan yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang menghidupkan Ramadhan dengan amal soleh di mana Dia akanmenggandakan pahalanya. Tidak terhiburkah kita dengan janjian itu dan tidakteringinkah kita untuk mendapatkan habuan besar yang dijanjikan oleh Allah itu.
Sekolah Kebangsaan Sungai Siput ( U )
31100 Sungai Siput ( U ),
Perak Darul Ridzuan.
Tel / Fax: 05-5951300
Email: sksgsipututara@yahoo.com


(c) Hak Cipta 2008 Sekolah Kebangsaan Sungai Siput ( U )